PROSA TRADISIONAL

Prosa Tradisional
(Merah Silu)
Sinopsis

         Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah  dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan  Merah Hasum. Pada awalnya Merah  Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah  kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut  rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah  mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga  menyebabkan kematiannya.
        Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja  Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu  Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan  sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang  tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.
               Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan  negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelanggelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.
          Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya.  Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar  dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka.
          Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Maliku’l- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku”l- Nasar dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.

Tema

Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.
Merah Silu menjadi yatim piatu  setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana  sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’lNasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.


Persoalan

1. Persoalan perselisihan antara adik-beradik

Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya.

2. Persoalan perkara di luar logik akal

Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.

3. Persoalan keberanian anak raja

Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Maliku’l-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.

4. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat

Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah  seekor kerbau kepada   orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah.

5. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat

Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan .


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Merah Silu

  • Ø  Anak sulung Merah Gajah dengan Puteri Betong
  • Ø  Mempunyai saudara bernama Merah Hasum
  • Ø  Menjadi yatim piatu sejak kecil setelah kematian ibu dan ayahnya
  • Ø  Kaya  - Cacing gelang-gelang yang direbusnya bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.
  • Ø  Suka menyabung ayam – Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan  Merah Silu.
  • Ø  Seorang yang tidak berputus-asa- Merah Silu berulang kali menahan bubu walaupun  hasilnya hanya cacing gelang-gelang.
  • Ø   Seorang yang berani- Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan.
  • Ø  Seorang yang pemurah- Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang  terlibat dalam sabung ayam.


Watak Sampingan

1. Merah Hasum

Ø  Adik kepada Merah Silu
Ø  Menghormati saudara- Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga.
Ø  Tidak suka perkara sia-sia- Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar.
Ø  Bersikap tegas  – Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan  Beruana jika tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar.

2. Megat Iskandar

Ø  Saudara kepada Megat Kedah dan Sultan Maliku”l-Nasar.
Ø  Tinggal di Buluh Telang.
Ø  Mempunyai ladang yang luas.
Ø  Bapa angkat kepada Merah Silu.
Ø  Tetap pendirian  - Dia berperang di Kumat dengan saudaranya Sultan Maliku’l-Nasar  yang tidak bersetuju Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun
Ø  Seorang yang menghormati tetamu  - Dia menjamu Merah Silu semasa kedatangan Merah Silu ke Buluh Telang.

3. Sultan Maliku”l- Nasar

Ø  Adik kepada Megat Iskandar dan Megat Kedah
Ø  Tegas- Dia tidak bersetuju dengan tindakan Megat Iskandar untuk melantik Merah Silu di Rimba Jerun.
Ø  Mempertahankan haknya sebagai raja di Rimba Jerun
Ø  Berani – Dia berperang dengan Megat Iskandar di Kumat.


Latar

Latar Tempat


1. Negeri Semerlanga

Ø  Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya  terbunuh.
Ø  Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.

2. Beruana

Ø  Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum.
Ø  Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai  telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak  menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

3. Kerbau Kampung

Ø  Tempat Merah Silu menangkap kerbau liar.

4. Hulu Karang

Ø  Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka.

5. Negeri Buluh Telang

Ø  Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar.
Ø  Tempat Merah Silu mengamalkan hobinya menyabung ayam.

6. Rimba Jerun

Ø  Peperangan antara Sultan Maliku”l-Nasar dengan Merah Silu.
Ø  Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Maliku’l-Nasar ditewaskan oleh Megat  Iskandar di Kumat.

Latar Masa

1. Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun.
2. Waktu malam – semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya.
3. Waktu siang -  Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan.

Latar Masyarakat

1. Golongan bangsawan – Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja
Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Maliku’l-Nasar
2. Masyarakat yang suka menyabung ayam  - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu.
3. Golongan bawahan – orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar
Ø  Golongan askar – golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan.
Ø  Masyarakat yang suka membantu  - Megat Iskandar  mempelawa Merah Silu menetap di situ.

Gaya Bahasa

1. Bahasa Klasik – anderak, dibantunnya), senawat
2. Bahasa istana  - baginda, adinda, kakanda , anakanda
3. Bahasa Arab – berkat , Allah Taala
4. Personifikasi – matahari mati
5. Metafora – kerbau jalang
6. Hiperbola
-  Bukit yang dilalui Merah Silu menjadi lekuk bekas kerbau itu berjalan .
-  Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus.


Nilai

1. Nilai Taat Setia –   rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga  melibatkan banyak kehilangan nyawa.
2. Nilai Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam.
3. Nilai Keberanian - - Merah Silu berani berperang menentang Sultan Maliku’l-Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.
4. Nilai Berdikari – Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.


Pengajaran

Ø  Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya  peperangan.
Ø  Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.
Ø  Kita hendaklah menghormati tetamu.
Ø  Kita janganlah menganiayai binatang.
Ø  Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang  tindakan.









Prosa Tradisional
(Hikayat  Indera Nata)

Sinopsis
                  Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian  lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Bondanya bertanya  tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera  Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

                   Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh  sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.

                     Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan  Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.

                      Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasakepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah  bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.

                      Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih  bertanduk emas dan  memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading  emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera  mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera  Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

                     Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati.  Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata  menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

Tema

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran

Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh

Persoalan


1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja

Ø  Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada  dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.
Ø  Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.
Ø   Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
Ø  Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada  mengembara
Ø   Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika  menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

Ø   Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri
Ø  Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera.
Ø  Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.

3. Persoalan tolong-menolong sesama manusia
Ø  Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan.
Ø  Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.


Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Indera Nata

Ø  Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
Ø   Digelar Si Piatu
Ø  Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.
Ø  Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang.
Ø  Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas
Ø   Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa.

Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma

Ø  Anak Raja Mesir
Ø  Memiliki rupa paras yang cantik
Ø  Menjadi tawanan raksasa .
Ø  Petah berkata-kata  -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun.
Ø  Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan  diri daripada raksasa

Raksasa suami isteri

Ø  Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.
Ø  Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.
Ø  Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
Ø  Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
Ø  Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera KesumaIndera Jenaka
Ø  Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar
Ø  Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
Ø  Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si  Piatu iaitu Indera Nata.

Latar

Latar Tempat

i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)

Ø  Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata

ii. Negeri Pattani

Ø  Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.

iii. Sebuah bukit yang tinggi

Ø  Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersamasama tujuh orang puteri yang ditawan.

iv. Sebuah peti emas

Ø  Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa  balik ke mahligai.

v. Tepi Laut / Pantai

Ø  Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.
Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)
Ø  Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.
Ø  Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.

Latar Masa

Ø  Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.
Ø  Waktu petang – raksasa tidur.
Ø  Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.
Ø  Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh  puteri.
Ø  Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.

Latar Masyarakat

Ø  Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan  Puteri Cendera Kesuma
Ø  Golongan bawahan –  rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa
Ø  Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas
Ø  Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat-  Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga.

Gaya Bahasa

Ø  Bahasa Klasik – sebermula, hatta
Ø  Bahasa istana  - tuanku ,  kakanda , anakanda .
Ø  Simile –  maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.
Ø  Puisi – pantun contoh:

Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga
Hujan arah ke langit biru,
Tawakalku dapat juga.   
                  
Ø  Bahasa Arab – Allah
Ø  Hiperbola – gajah bergadingkan emas,kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilanggemilang, cahayanya kilau-kilauan.      

Nilai

Ø  Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.
Ø  Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.
Ø  Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
Ø  Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada  tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

Pengajaran

Ø Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
Ø Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat  hidup harmoni.
Ø Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
Ø Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
Ø Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.